Saturday, November 27, 2010




salam para srikandi,
kehidupan tanpa ujian, tanpa kesempitan, tanpa kesusahan, merupakan satu ujian juga buat diri, samada terus alpa atau leka dengan nikmat kesenangan yang diberi.
kembali kepada Ilahi, itu matlamat diri
kembali kepada Ilah, dalam keadaan yang bagaimana kita kehendaki,
bersenang lenang bergoyang kaki memuaskan nafsu diri?
mimpi di siang hari wahai diri.

syurga itu hadiah dari Allah buat hambaNya yang bertaqwa
bagaimana kedudukan kita?
mendahulukan dunia dari Ilah?
berkira-kira samada membaca Al-Quran atau berchatting dengan sahabat sahabiah?
Allah tidak pernah berkira dengan kita, sentiasa mengizinkan kita bernafas, mengihrup udara di muka bumiNya tiap saat.
kita bagaimana?
bagaimana kita membalas nikmat kurnia Ilahi yang satu ini?
tidak perlu membanding beza dengan yang lain
cukup dengan bekalan oksigen yang kita gunakan tiap saat.

bagaimana agaknya jika Allah berkira dengan hambaNya?
bagaimana kedudukan kita kini?
apa khabar iman hari ini?
apa amal yang kita lakukan?
adakah dihiasi rasa bosan tanpa zikrullah kepada Ilahi?

satu peringatan buat diri,
juga para srikandi yang ana sayangi
moga kita sentiasa bermuhasabah diri
sentiasa dekat pada Ilahi

hati kita ini dalam genggaman Allah S.W.T.
adakah kita hendak membiarkan hati kita hitam tanpa disinari cahaya keimanan?

ya Allah sungguh diri ini lemah tanpa pertolonganMu
bantulah kami dalam usaha kami memperbaiki diri
kepadaMu kami bermohon kepadaMu kami berserah,
ampunilah kealpaan kami dalam mengingatiMu
ya Allah bantulah kami hambaMu yang tiada daya upaya tanpa pertolonganMu,

amin ya Rabbi

katakan amin wahai para srikandi,

amin~ ♥

Segaknyaa jumpa awek. Jumpa Allah?

Rata-rata kaum lelaki yang bersolat di masjid atau surau dilihat agak selekeh. Ada diantaranya yang bajunya berkedut. Ada yang seluar sebelah kiri dilipat. Sebelah kanan dibiar. Ada juga yang berbau busuk, alaah!..bau apa lagi kalau bukan bau rokok. Sedih melihat ragam sebahagian orang Muslim hari ini. Mereka seolah-olah kelihatan tidak ikhlas datang untuk memenuhi seruan 'hayya ala solah' (marilah solat). Mereka seperti terpaksa. Teguran dan kritikan ini juga khas buat penulis.

www.muawiyah90.blogspot.com

Pagi-pagi lagi bangun melangkahkan kaki ke tandas untuk membersihkan diri. Syampoo bukan main. Sabun punya banyak sampai boleh buat 'world record'. Berpakaian dengan begitu kemas. Dengan 'tied in'. Rambut bersikat dengan begitu rapi, sehingga, boleh dikatakan jika ada awek-awek di luar sana yang melihat habis boleh tergoda. Alangkah baiknya jika beginilah cara mereka berhadapan dengan Allah ketika solat. Bayangkan betapa gembiranya Allah melihat hamba-hambanya begitu segak melangkah masuk ke dalam masjid hanya semata-mata untuk tunduk sujud kepada Sang Pencipta!.

www.muawiyah90.blogspot.com

Hai saudaraku, bila berjumpa awek, kenapa anda boleh bersiap begitu segak sekali dengan minyak wangi yang boleh dibau sejauh 1 kilometer (haha tak dinafikan). Wah!. Awek tu pasti suka!. "Wah segaknya abang, barulah ayang suka camni..".. cuba kalau anda datang dengan kotor dan berbau busuk?. Apa pula reaksi si awek?.. "Lebih baik aku dating ngan kambing la wei, selekeh!". Sama lah juga apabila anda ke masjid atau menunaikan solat!. Anda datang untuk berhadapan dengan Allah dalam keadaan selekeh, bagaimana pula Allah memandang anda ketika itu?.

www.muawiyah90.blogspot.com

Kadang-kadang, imam dah masuk rakaat 'last'. Ha time tu la dia baru sampai nak berjemaah. Tidak dinafikan. Kadang-kadang ianya disebabkan seseorang itu lambat sampai, ke tandas atau disebabkan hal-hal lain. Tapikan... kalau boleh, cubalah berusaha untuk menepati masa solat berjemaah itu. Kenapa tidak?. Kalaulah anda dihubungi awek anda; "Sayang, I lapar la, datanglah sini..". Eh hilang dah. Cepat pula pergi menyahut seruan awek tu. Saya yang nak sambung taip ni pun tak sempat. haha.

www.muawiyah90.blogspot.com

Kesimpulannya, hormatilah Allah sebagai Tuhan yang Agung, Agung seAgung Agungnya!. Jika anda malu berhadapan dengan awek dalam keadaan selekeh dan busuk. Begitulah juga apabila anda berhadapan dengan Allah!. Hormatlah Allah!. Utamakan seruannya daripada seruan-seruan sumbang lain, melainkan ianya betul-betul mustahak. Maka ianya tidak menjadi satu masalah.

www.muawiyah90.blogspot.com

Artikel ini khas buat kaum Muslimin juga Muslimat. Yang Muslimat bolehlah sentiasa strict pada pakwe anda dalam hal seperti ini. Tegaslah dengan mereka dalam soal agama. Kalau mereka boleh bertegas dengan anda dalam banyak perkara. Takkan anda tak mampu bertegas dalam soal ini?.

www.muawiyah90.blogspot.com

Disediakan: Abu Muawiyah.

*Dibenarkan untuk menyebarkan artikel ini, tetapi perlu disertai dengan sumbernya.

Kelemahan wanita itu adalah kelembutan?. Benarkah?!

Ini cuma pendapat peribadi saya. Sama sekali tidak meminta agar mana-mana individu menerima pendapat saya. Jika tidak bersetuju kemukakan hujah anda, jangan kemukakan pendapat anda ketika anda sedang berada di dalam keadaan emosi. PEACE =)

www.muawiyah90.blogspot.com

"U all kenalah faham, kami (wanita) tak nafikan, memang kami lekas ikut lelaki, kami lekas terpedaya dengan mereka. Kami mengaku kelemahan kami. Tapi u all kenalah faham k. Kelemahan seorang wanita itu menunjukkan kelembutan dia."

Ya!. "Kelemahan wanita itu adalah kelembutan".

Istilah inilah yang selalu digunapakai oleh kaum wanita sebagai benteng menepis peluru-peluru yang dishoot kepada mereka. Jika anda bertanyakan kepada saya. Adakah salah pengakuan ini?. Saya katakan tidak!. Ianya benar sama sekali, memang kelemahan seorang wanita itu menunjukka kelembutannya. Tetapi persoalannyai, apakah kelemahan dan kelembutan yang dimaksudkan?. Saya memudahkan menjawab persoalan ini dengan membahagikan kepada dua:

www.muawiyah90.blogspot.com

[1] Wanita Solehah (zaman salaf as-soleh)

Zaman dahulu merupakan zaman kenabian, zaman orang-orang soleh. Islam memegang tampuk kepimpinan dunia. Penguasaan sepenuhnya di bawah Islam. Negara-negara kuffar tunduk patuh kepada daulah Islam. Dakwah dan Islam tersebar luas ke serata dunia.

Pemimpin yang baik lahir dari rakyat yang baik. Kembali kepada persoalan tadi, wanita-wanita di zaman ini merupakan wanita-wanita yang baik dan solehah. Kelemahan mereka berlaku tatkala mereka mendengar firman Allah dan sabda Rasulullah saw yang dibacakan. Hati mereka menjadi lemah, sayup membuatkan mereka tumbang kerana takut dan sayangnya mereka kepada Allah dan RasulNya. Hati mereka menjadi lembut hingga menzahirkan sikap mereka yang keras kepada maksiat dan kebatilan.

www.muawiyah90.blogspot.com

[2] Wanita kontemporari (zaman sekarang)

Saya langsung tidak berniat untuk memperleceh atau merendah-rendahkan wanita zaman sekarang. Sebaliknya, saya memperkatakan sesuatu yang realiti. Sesuatu yang tidak dapat disangkal atau dinafikan oleh anda sekalian tentang hakikat yang berlaku. Dunia menjadi saksi atas hakikat ini.

Kebanyakan wanita hari ini jauh daripada ajaran Islam. Sangat jauh sekali. Kebanyakan mereka menjadikan barat dan yahudi sebagai gaya hidup mereka. Al-Quran pula hanya sekadar hiasan di atas meja rumah mereka. Apa sahaja perlakuan barat, pasti akan diturutnya mereka. Berbikini di pantai, maka mereka (wanita muslim) pun akan berbikini. Memakai skirt pendek, maka mereka pun akan berskirt pendek. Pengaruh barat ini sangat-sangat menebal dalam kehidupan kaum wanita hari ini. Seolah-olah tanpa barat, mereka tidak mampu hidup. Nauzubillah.

www.muawiyah90.blogspot.com

Berbalik kepada persoalan tadi, sudah ramai para da'ie, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah yang menegur mereka supaya jadikan Islam sebagai panduan hidup. Ikut garis panduan yang telah ditetapkan hukum syarak. Bertahun-tahun lamanya usaha ini dilakukan. Sehingga habis berbuih mulut para da'ie ini menasihati mereka. Artikel-artikel nasihat pula berlambak-lambak. Buka sahaja internet, taip satu ayat 'couple', maka keluarlah ribuan bahkan ratusan ribu artikel yang menjelaskan tentang kesan couple dari segi positif dan negatifnya.

Apakah mereka ini menjadi lemah selepas mendengar nasihat dari pada da'ie?. Adakah mereka menjadi lemah tatkala mendengar ayat-ayat Allah dibacakan?. Ayat yang berupa ancaman dan kenikmatan?. Anda sendiri ada jawapannya wahai wanita. Sebaliknya, kebanyakan dari anda menjadi lemah selepas di ayat kaum Adam, anda menjadi lemah selepas melihat kekayaan dan kekacakan kaum Adam. Anda lekas terpedaya dan turuti kehendak dan kemahuan mereka, nak persoalkan, jarang sekali. Sangat terbalik jika dibandingkan wanita zaman para salaf as-soleh. Mereka menjadi lemah tatkala mendengar ayat-ayat Allah yang menyerlahkan kelembutan mereka sekaligus menjadikan mereka keras terhadap maksiat dan kebatilan (laki nak ayat, mimpi tak dapat). Tetapi, wanita hari ini keras mendengar ayat-ayat Allah sekaligus menyerlahkan kelembutan mereka kepada selain itu yang berakhir dengan kesedihan dan 1001 penyesalan.

www.muawiyah90.blogspot.com

Hai wanita-wanita Islam, muhasabahlah diri anda. Jangan begitu lekas menyalahkan kaum Adam tatkala diri anda dipermainkan. Saya yakin, ramai kaum Adam yang ikhlas menegur anda, sama ada di dunia alam maya dan dunia realiti. Jangan disebabkan nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Kembalilah kepada Allah dengan penuh penginsafan. Tidak berguna anda menyalahkan orang lain. Benda yang dah berlaku, takkan kembali menjadi asal dan anda sama sekali tidak dapat mengubahnya. Sebaliknya lekaslah bertaubat dan pulang ke pangkuan Allah. Mudah-mudahan Allah memudahkan jalan anda...

Maka, "Kelemahan wanita itu adalah kelembutan" hanya wujud pada wanita Solehah. PEACE =)

Wallahualam.

Disediakan oleh: Abu Mu'awiyah.

www.muawiyah90.blogspot.com

__________________________________________________________________________________

*Sangat digalakkan untuk menyerbar luas artikel ini. Semoga Allah membalas jasa anda. Amin.

Anda disarankan join page ini: http://www.facebook.com/pages/Senyuman-manis-penawar-hati-yang-duka/108099849246604

Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!!!

As-Salamu‘alaikum…

Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.




1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.



2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.




3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.




4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.




5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?




6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.




7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.




8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?




Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!




"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)




“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)




Al-Faqir illallah Nawawi Bin Subandi as-Salafy wal-Atsary http://an-nawawi.blogspot.com/




SEBARKAN OK..