Friday, February 19, 2010

PANDUAN IMAM AL-GHAZALI..

Beberapa panduan Imam Al Ghazali
supaya kita tidak bersifat sombong dan
angkuh...

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak
anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia
daripada kita..kerana kanak-kanak ini
belum banyak melakukan dosa daripada
kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua..
anggaplah dia lebih mulia daripada
kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim..
anggaplah dia lebih mulia daripada
kita kerana banyak ilmu yang telah
mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil..
anggaplag mereka lebih mulia daripada
kita kerana mereka membuat dosa dalam
kejahilan..sedangkan kita membuat
dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat..jangan
anggap kita lebih mulia kerana mungkin
satu hari nanti dia akan insaf dan
bertaybat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang
kafir..katakan didalam hati bahawa
mungkin satu hari nanti mereka
akan diberi hidayah oleh Allah dan
akan memeluk Islam..maka segala dosa
mereka akan diampuni oleh Allah.

Keredhaan Ilahi cita-cita dihati.

Keikhlasan mempunyai kilauan dan
sinar...meskipun ribuan mata tidak
melihatnya...

No comments:

Post a Comment