Tuesday, June 15, 2010

Khasiat Madu dan Air Sejuk



From: Akhbar I LUV ISLAM

Rasulullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampurkan air sejuk. Amalan ini bertujuan untuk kesihatan, Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa pada waktu pagi.

Antara Khasiat amalan-amalan ini adalah:

1. Menghilangkan balgam (kahar/lendir)
2. Mencuci perut yakni membersihkan segala kekotoran yang terdapat di dalam perut.
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasulullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.

Minuman Manis dan Sejuk:

Aisyah r.a meriwayatkan bahawa, "Di antara pelbagai jenis minuman Rasulullah SAW suka minum yang manis dan sejuk. Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau rendaman buah tamar.

Di dalam suatu doa Rasulullah ada menyebut "Ya Allah kurniakanlah aku dengan cinta-Mu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk"

Ini memberi syarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu khasiat lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukkan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencemarkan makanan yang masuk ke dalam tubuh lalu menyalurkan ke seluruh anggota badan.

Ringkasan Adab Minum:

1. Gelas atau cawan hendaklah dipengang dengan tangan kanan.
2.Bacalah "Bismillah" sebelum mula minum.
3. Minum keadaan duduk.
4. Jangan bernafas ke dalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
5. Setiap kali berhenti minum (pada setiap pernafasan) bacalah Alhamdullilah.
6. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
7. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit.
8. Jangan terus minum selepas melakukan persetubuhan ataupun selesai mengerjakan kerja-kerja berat. Hendaklah mengambil masa 2-3 minit untuk mengeringkan peluh.

No comments:

Post a Comment